I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 13, 2011

kisah IBU dari makcik aku

assalamualaikum






Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .




Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !




Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !




Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

. Saya sayang MAK saya !!







sumber seperti yang tertera . . . . .

Sunday, November 13, 2011

ini alasan

Assalamualaikum

sepasang pakwe makwe yang sudah hampir setengah tahun bersama telah bergaduh selepas si makwe membongkar tabiat pakwenya yang asal ade gurl jer dia sapu..atau kata lainnya asal boleh..


si makwe yang telah lama merancang untuk mengetahui tahap kejujuran dan kesetiaan pakwenya yang tak seberapa itu pun telah membeli phone number baru dan pura pura tersalah text kepada pakwenye sendiri..selepas langkah pertama berjaya, si makwe pun meneruskan misi membongkarnya itu dengan aksi flirt flirt seorang desperate gurl..sehinggalah si makwe itu tadi bercouple sekali lagi dengan pakwenye itu sendiri..


setelah mendapat bukti bukti kukuh, si makwe pun ===>


"pakwe! pakwe tipu makwe kan..pakwe kata pakwe sayang, cinta dekat makwe sorang jer..tapi kenapa pakwe tetap jugak gatal dengan perempuan lain? pakwe layan jugak perempuan lain kan?"


"eshh, makwe ni..tak baik tau kata pakwe macam tu..pakwe memang cinta makwe sorang jer..pakwe tak ade orang lain..sumpah!!"


"tengok tu, main main dengan sumpah, kene makan dengan sumpah tu nanti baru tahu! (ayat cliche yang namenye insan melayu)..makwe ade bukti lah pakwe, tengok ni (sambil menunjukkan msj msj romantik si makwe yang menyamar dan pakwenye) haaa, betul kan?"


"eh, mana makwe dapat semua ni?" tanye pakwe cool tak mahu cepat melatah..


"eleyh, makwe saje jer beli nombor lain nak test pakwe..ternyata pakwe sama jer seperti lelaki lain kan?"


"ternyata?? waahhh, ayat makwe..ahaha..makwe!!(sambil menatap dalam dalam mata makwenye) pakwe tahu lah itu makwe..pakwe kan cintakan makwe, pakwe kenal sangat itu makwe, cara makwe, manja makwe, semua semualah..haaa, itu kan maknenye pakwe bukan menggatal dengan gurl lain, pakwe tak curang kan?? pakwe dengan makwe jerlah, pakwe menggatal dengan makwe je lah, pakwe ngorat makwe lagi sekali and pakwe cuma couple dengan makwe lagi sekali jer lah..kan? sweet kan kita?? sebab pakwe ingat makwe dah bosan dengan hubungan kita and buat macam tu untuk seri kan balik hubungan kita macam waktu mula mula kita bercinta dulu tu..pakwe pon ikut jer lah cara sayang..pakwe nak makwe happy jer..sorry makwe (sambil mengelip ngelipkan matanya ;( )"


si makwe pon kelu tak terkata dan terus memeluk pakwenye.. -sekian-

errr,
untungkan makwe tu?? LOl..

you're fuckin awesome!!

tak ade tujuan sebenarnye aku tulis entry kali ni..tapi aku nak tulis jugak sebab aku baru jer lepas terpikir pasal satu bende ni..dan bende itu ialah alasan..

doesn't matter!!
tak kesah lah ape pun jantina, perempuan ke, lelaki ke, perki (perempuan+lelaki) atau dalam b.i nye shemale ke, semua akan dasat membuat alasan ..terutamanye untuk kepentingan diri sendiri..

p/s : just talk with confidence

Tuesday, November 1, 2011

wordless wednesday #3

Assalamualaikum



welcome to new era!

Monday, October 17, 2011

CERITA KOSONG - SURPRISE BIRTHDAY

Assalamualaikum

sebelum aku kahwin, aku memang hantu telur rebus..senang cerite mak aku tak payah pikir banyaklah kalau nak sediakan sarapan ke makan tengah hari ke makan malam ke, ade telur rebus jer aku dah okay..tapi lepas berkahwin ni aku kene lah berpisah sikit dengan telur rebus ni..nasib baik isteri aku masak sedap sedap, kire okay lah..

nyum nyum
ni dua tiga minggu lepas punya cerita..ade lah satu hari yang indah ni waktu aku balik tiba tiba kereta antik aku ni rosak pulak..terpaksalah aku menapak untuk sampai ke rumah..di sebabkan aku teringat yang aku ni dah berbini, aku pon call lah bini aku bagitahu yang aku balik lambat sikit sebab kene menapak..

entah ape rezeki yang tuhan bagi aku hari tu, tengah tengah menapak tu aku ternampak satu gerai makan kechik yang speciality nye adalah pelbagai lauk bertelur rebus..nikmat tuhan kan? aku pon dengan tanpa rasa bersalahnye stop by dan melahap nasik satu dua frame dengan telur rebus beraneka lauk..sebagai melengkapkan sesi makan tu aku pun order lah beberape bijik telur rebus lagi sebagai pencuci mulut..itu jam nikmat giler dunia ni wa cakap lu..aha, tambah pulak sebelum balik tu aku bungkus sepuloh bijik telur rebus lagi sebagai peneman aku sambil sambil menapak nak sampai rumah..



sampai jer kat rumah, belum sempat kaki aku ni melangkah pintu masuk, isteri aku dah terjah cakap ade surprise untuk aku..dengan penat menapak tadi pon belom habis lagi, memang tepat sangat lah waktunye ni, aku pon iyakan ajer, dah tak larat nak berdolak dalik..lepas jer dia tutup mata aku dengan kain kaler hitam, dia bawak aku ke meja makan..time tu tiba tiba perut aku buat hal giler, angkara telur rebus lah ni..tapi tak naklah aku spoil kan mood surprise isteri aku tadi..aku pon buat chill jer..

tiba tiba, phone rumah aku berbunyik, sebelum isteri aku pergi jawab telefon, die pesan dekat aku jangan cuba cuba nak intai..aha..memang tak terpikirlah nak intai dengan keadaan perut aku yang bergelora waktu tu..

disebabkan cakura aku yang tak sedasat naruto mahupon sakura, aku tak dapat bertahan lama..isteri aku pun tengah jawab telefon waktu tu..so, aku pon melepaskan kentoot aku yang pertama..pergghhh, ingatkan dah lege..prooootttt!!! aku angkat sebelah punggung dan se das kentut lagi aku lepaskan..bau tak payah cakaplah brader, memang terbaik dari bontot ladang punye..

lama jugak aku tunggu kat meje makan tu, lima minit lepas das yang kedua tu aku dapat rase ade satu lagi das yang akan keluar dengan skala ritcher yang lebih besar..lepas kumpol agak agak padu, dua dua belah punggung aku angkat, dengan kedudukan yang agak tertonggeng sikit dan BAANNG, maka terhasillah satu das kentutan yang membawa beribu kelegaan terhadap perut aku waktu tu..dekat lima minit jugak baru bau kentutan yang iras iras bau bangkai dari das yang terakhir aku tu hilang..mau mati bunga atas meje makan aku tu aku rase..




lepas tu isteri aku sampai dan meminta maaf sebab membuat aku tunggu lama..disebabkan die taknak buat aku tertunggu tunggu lagi, dia pon terus membuka ikatan mata aku sambil menyebut "surprise!! happy birthday abang!!" "lah, birthday abang rupanya, macam manelah abang boleh lupa" kata aku sambil aku cuba mencerahkan balik pandangan aku lepas lebih sepuloh minit ditutup kain hitam tadi..


sekembalinye penglihatan aku macam biase, terlopong mulot aku..mana tak nye, bende pertama yang aku nampak, muka merah padam bapak, emak serta adik beradik aku dan isteri aku..yang dasatnye bos aku dengan jiran sebelah rumah pon ade..citt, siyez fedak! nak cover malu, aku tanye la bapak mertua aku dah lama ke die sampai..bapak mertua aku pon boleh reply balik, "lama tak lama lah, tapi sebelum kentut yang pertamalah jugak"




p/s : cerita dari sumber lain..aku tak kenal pon sape 'aku' dalam cerita tu..

Saturday, October 15, 2011

#4 REBLOOST - 16 SEPTEMBER DARI OBEFIEND

assalamualaikum


NEVAR FORGET. It's been 3 years since that fateful day. We are still waiting for the day to come. This is like waiting for seriouscat to grow horns! But it's ok. Luckily for Anwar this year people are still preoccupied with raya and gossiping about PETKNODE.I'm sure no one will remember the "I am Malaysia PM in waiting" speech given by Anwar 36 months ago. Can't wait for the 4th Failniversary! See you next year.







==================


ahaha..lama jugak aku tak menaip kat blog nih..last lastnye rebloost lagi..ahaha..nampak beno tak ade ideanye..yang ni aku jumpa dari blog brader Obefiend, semua pon kompom lah kenal brader ni..Freedom of Association..


okaylah weyh, aku tak main politik..challoww!


p/s : aku raja untuk diri aku!perdana menteri aku adalah aku!

Thursday, August 4, 2011

by ben heine : pencil vs camera





















p/s : kadang kadang gambar bercerita lebih baik dari manusia..




google macam macam cerita !

Saturday, July 30, 2011

#3 ReBloOst - website singapore kene hack !

assalamualaikum

Baru2 ni Malaysia baru je kalah dengan Singapore dlm kelayakan ke Piala dunia 2014 Brazil... Tp Kecohabes dpt info yg hacker dari Malaysia iaitu M43L Tro0p3rs telah hack web Singapore..Sedikit gambar berada di bawah nih.. Aduyai.. Mmgla kita kalah,tp xperlulah nak hack web Singapore tu.. Siap ada gambar safee sali n lagu yg kurang enak didengar..huuu...Korg bleh tgk web tu kat link sini !








==================


tadi tengah tengah blogwalking aku terjumpa blog ni ==> kecohabes, memang tak cerita banyak aku terus follow sebab aku suka entry yang aku ReBloOst balek ni..untuk yang tak tahu, ReBloOst ini adelah projek ReBloOst aku..


p/s : aku pun tak tahu nak marah ke nak bangga dengan hacker ni..tapi aku suka lagu yang ade tu..aha

Thursday, July 28, 2011

#2 ReBloOst - penjara pudu

assalamualaikum..


sebab sebab penjara pudu ditutup...... 
  

Berlaku di Penjara PuduKuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil 'Bilik
Terakhir'
. Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan 'BILIK
TERAKHIR '
 adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terakhir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung
 tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan 'Bilik Terakhir'
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam
 sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir
 itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,




'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha
Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa .... '


udah tuuuuuuuuu......... peeee buat keja.......................


Tahniah kerana minat membaca..


===============


P/S :
entry ini based on projek rebloost..
entry asal dari kapasitor dot net..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...