semalam saya nampak awak menangis lagi..chumel sangat..
kesian kat awak..mesti awak tengah sedih sangat kan..
saya nak pergi dekat awak..tapi saya takut..
yea lah,awak kan tak pernah suka dekat saya..
saya ingat lagi..kali pertama saya nampak awak pun,waktu tu awak tengah menangis..
rasanya,sebab tu jugaklah saya mule suke dekat awak..
saya tak nak awak menangis lagi..
saya nak jadi sebab untuk awak rasa gembira sepanjang hidup awak..
tapi,bila saya tahu awak tak mungkin sukekan saya..
saya rasa,jadi air mata yang lahir dari mata awak dan mati di pipi awak,
walaupun hanya untuk sementara,pasti sudah cukup membahagiakan saya..
tapi saya tahu..itu takkan pernah mungkin terjadi..
takpelah,saya pun tak nak jadi punca kesedihan awak..
kalaulah saya boleh pilih..saya nak sangat jadi senyuman yang terukir di bibir awak..
sebagai tanda kegembiraan,kebahagiaan dan kesyukuran awak..
mesti waktu tu awak akan lebih cumel..
betul!!!
saya tak nak jadi tangan yang merampas kebahagiaan..
tapi saya nak jadi tangan yang sentiasa menghulur kerlipan..
saya jugak tak nak jadi hati yang sering mendengki..
tapi saya nak jadi hati yang akan terus menanti..
kalau lah awak tahu semua ni dari dulu,mungkin awak akan belajar untuk suke saya..
saya mintak maaf,saya tak berani nak bagi tahu awak dulu..
sebab semua orang kate awak tak suke saya..
tapi,hari ni saya nak awak tahu..
sebab,mak saya kate Allah lagi sayangkan saya..
awak!!
mungkin esok saya dah tak ade lagi untuk tengok awak menangis..
tapi,percayalah..ini kali pertama saya harap awak menangis..
awak mesti rasa saya jahat kalau awak tahu saya nak awak menangis..
tapi,saya cuma nak tahu walaupun untuk sekali awak pernah sayang saya..
2 comments:
aku suka entri nih... :)
@PUTERI SALJU
sweet en aku..ahaha
Post a Comment