I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 17, 2011

"inilah kisah sedihku"


                                                                    contest??




==========================


Penipuan Ibu....


nama aku ali..aku mempunyai lapan adik beradik dan dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan..aku anak yang paling sulung..sejak umur aku lapan tahun ibu yang membanting tulang untuk menyara keluarga..semua orang kampung kata ayah aku dah meninggal dunia selepas lebih lapan bulan hilang di laut semasa mengail ikan..sebelum kejadian itu ayahlah yang menyara kami sekeluarga dengan bekerja sebagai nelayan..


=======================


aku bukan lah anak yang baik..aku sentiasa mahu lebih daripada adik beradik aku yang lain..kerana bagi aku,aku adalah anak yang sulung,jadi aku berhak!!sejak kehilangan ayah yang dikatakan telah meragut nyawanya,hidup kami lebih susah dari sebelumnya..mak hanya mampu membuat dan menjual kuih..ayu,ayu adik aku..dialah anak perempuan yang paling tua dan selalu membantu ibu membuat dan menjual kuih..ayu sanggup berhenti belajar semata mata untuk meringankan beban ibu..tapi tidak bagi aku..sebab aku tahu,dengan pendidikan sahajalah aku mampu keluar dari kemiskinan ini..


=======================


disekolah aku sering diejek dengan pelbagai ejekan..kerbau,lembu,anak yatim,miskin dan pengemis sudah menjadi halwa telinga aku sehari hari..walaupun seperti sudah terbiasa dan lali,jiwa aku sentiasa rasa ingin memberontak..aku sentiasa meletakkan kesalahan itu kepada ibu aku..bagi aku,ibu sepatutnya memberikan kehidupan yang lebih baik untuk aku..bagi aku ketika itu,tuhan tidak adil!!tuhan dah ambik nyawa bapak!!!tuhan tak bagi rezeki pada aku!!tuhan tak bagi keluarga yang kaya untuk aku!!tuhan tak bagi kehidupan yang lebih senang untuk aku!!!


=======================


khamis 5/12/1989..aku mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang..aku nampak riak gembira dari wajah ibu..tapi,keegoaan aku membuatkan aku seperti tidak mahu berkongsi kejayaan dan kegembiraan itu bersama ibu dan adik adik aku..aku semakin berjaya di dalam bidang akedemik..banyak wang yang ibu terpaksa habiskan untuk aku..tetapi bagi aku ketika itu,ibu memang seharusnya menyediakan segala galanya secukup yang mungkin untuk aku kerana itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang ibu..


======================


setelah mendapat kerja,hidup aku mulai berubah..hidup aku semakin senang..aku yakin itu semua adalah hasil usaha aku sendiri tanpa bantuan orang lain..kesenangan yang aku kecapi itu semakin menjauhkan aku dengan ibu,keluarga dan tuhan yang menjadikan aku dan memberikan semua ini kepada aku..sehinggalah pada hari jumaat 2/8/2008 selepas kematian ibu,aku mula sedar segala galanya..tarikh itu telah benar benar merubah aku untuk mencuba menjadi insan yang lebih baik..


======================


selepas selesai pengurusan jenazah ibu aku,aku terjumpa sebuah buku diari milik ibu dibawah bantal tempat ibu sering merehatkan badannya selepas penat mencari rezeki..ibu banyak melepaskan segala ape yang dirasainya sepanjang kehidupannya didalam diari itu..didalam diari itu ibu memohon maaf berkali kali kepada anak anaknya kerana sering berbohong kepada kami..kata ibu

"anak anak ibu,maafkan ibu ya kerana ibu berbohong..ibu bohong bila ibu kata ibu tak lapar..ibu tak nak sebab ibu,anak anak ibu tak cukup makan"
"anak anak ibu,maafkan ibu ya sebab ibu selalu bohong..ibu tak nak anak anak ibu risau kalau tahu ibu sakit..ibu tak nak pelajaran dan kerja kerja abang ali terganggu kalau dia tahu ibu sakit"
"ayu,ibu tak ade niat nak bohong ayu..ibu memang sedih bila ibu tahu abang ali tak sabar nak tinggalkan rumah waktu dia nak melanjutkan pelajaran tu..tapi ibu tak nak nanti abang ali kate ibu nak halang cita cita dia"
"ali,ibu mintak maaf!!ibu sengaja tipu ali kate ibu tak ade duit untuk belikan ape yang ali mintak..tapi ibu simpan duit tu untuk ali senang nak melanjutkan pelajaran,mengejar impian ali,ali taknak susahkan??"


=======================


aku rasa berdosa sangat waktu tu..aku tahu aku anak yang derhaka..waktu ibu sakit aku tak pernah balik kampung jenguk ibu..ibu mesti teringin sangat menatap wajah anak anak ibu sebelum pergi buat selama lamanya kan??ibu,ali ingat lagi ibu selalu tipu ali waktu kita makan malam sama sama satu keluarga dulu..ibu ingat tak?ibu selalu kate dah tak ade pinggan bila ali tanya kenapa ibu tak makan..bila ali tengok,ade dua lagi pinggan yang belum guna..waktu tu ali ingat ibu anggap ali bodoh..tapi sekarang ali paham kenapa..


=======================


ibu selalu tanya apa cita cita anak ibu..tapi aku tak pernah pedulikan impian ibu untuk ke tanah suci mekah..duit yang ibu simpan untuk ke tanah suci mekah semuanya habis untuk pembelajaran aku dan adik adik..bila aku dah senang aku tak pernah cuba pun untuk menjadikan impian ibu tu satu kenyataan..
"ibu,ali mintak maaf ibu tak mungkin dapat tengok wajah anak anak ibu ni lagi..ibu juga tak mungkin dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah tu,sebab ibu dah dijemput oleh ilahi..tapi ibu,ibu jangan risau,ali akan jage keluarga kita..ali akan jage adik adik ali.."


========================


aku bangga ade ibu macam ibu aku..ibu baik,sebaik baik insan..aku yakin ibu pasti sedang bahagia bersama ayah di dunia yang kekal abadi..aku yakin tempat ibu pasti di syurga..


"ya Allah,hari ni pertama kali aku menadah tangan kepada Mu selepas sekian lama aku melupakan Mu..aku sedar akan kejahilan diri ku..jangan lah Engkau abaikan doa ku atas dosa dosa ku yang lalu,kerana apa yang ku pohonkan kepada Mu pada hari ini ialah kesejahteraan dan kebahagian buat ibu ku di sisi Mu..janganlah ibu dihukum atas kesilapan ku..kerana akulah yang bertanggungjawab atas segala kejahilan ku"

hari ni aku baru sedar kehadiran ibu..tapi malangnya ibu sudah pergi untuk selama lamanya..al-fatihah..


p/s : person di tag ===>>  ayu papa joe  amani

8 comments:

nur amalina athman said... [mantul tipuan ini]

thanks 4 da tag

AYU JOE said... [mantul tipuan ini]

thanks sbb TAG .

huarhhh ! sedih jugak ;(

hawiz said... [mantul tipuan ini]

ya allah..citer ko betol2 wat aku menitiskan air mata,..sumpah..aku nangis bce citer ko..

iemanizam said... [mantul tipuan ini]

teharu lak biler ko sedeyh..hurmm

Adib RY said... [mantul tipuan ini]

thnkz join contest... nmpk nyer de pmbace ko yg menangis, taniah!!

iemanizam said... [mantul tipuan ini]

seperti yang diharapkan

afifah said... [mantul tipuan ini]

i'm touched~

iemanizam said... [mantul tipuan ini]

tq2 afifah..touched2 gak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...