I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 26, 2011

sesi kuliah subuh penglipur lara : siri Ahsan dan kehidupan

Ahsan sedang kesesatan mencari cari jalan keluar ke highway ketika Ahsan terdengar bunyi seekor harimau mengaum kelaparan.. apabila Ahsan perasan akan harimau itu terlihat kelibat dirinye, Ahsan terus membuka langkah seribu demi menyelamatkan diri..


Ahsan hanya berdoa sambil berlari menyelamatkan dirinye, agar Allah dapat menyelamatkan dirinye dari menjadi santapan sang harimau..


Ahsan sedang hampir berputus asa sewaktu dia diperlihatkan sebuah telaga dihadapan matanye dengan izin Allah S.W.T..


maka bergayutanlah Ahsan didalam telaga itu menggunakan tali dan timba yang ade di dalam telaga itu..


=====================


sedang Ahsan bergayutan diantara permukaan dan dasar telaga itu, terdengarlah Ahsan akan kocakan air dari dasar telaga itu.. apabila Ahsan menundukkan kepalanye, Ahsan mendapati terdapat dua ekor buaya yang sedang menanti dirinye sebagai santapan dinner mereke untuk hari itu..


dengan sang harimau masih menanti akan Ahsan di permukaan telaga itu, Ahsan menjadi semakin gabra..


sedang Ahsan memikirkan care untuk menyelamatkan diri, keluar seekor tikus putih dari celah celah telaga dan memanjat tali yang sedang digayut oleh Ahsan, lantas digigit tali tersebut oleh si tikus putih..


tali itu semakin hampir putus apabila seekor lagi tikus hitam menggigit tali tersebut dengan rakusnya.. Ahsan menjadi semakin takut kerana Ahsan cuma mempunyai dua pilihan, sama ada dimakan oleh sang harimau atau si buaya..


=======================


sedang Ahsan mencari jalan penyelesaian, terdengarlah Ahsan akan bunyi segerombolan lebah berterbangan membawa madu..


ditakdirkan, ketika Ahsan mendongak untuk melihat lebah itu, setitis madu jatuh kedalam mulut Ahsan..kenikmatan dan kesedapan madu asli tersebut melupakan terus Ahsan terhadap masalah yang sedang dihadapinye..


=======================


mayat Ahsan ditemui selang dua hari kemudian oleh seorang pemburu haram tanpa organ organ dalamannye..Ahsan dipercayai mati dibaham oleh binatang buas..


=======================


sedarkah kita??


Ahsan itu adalah manusia!! diri kita semua..
sang harimau pula adalah maut yang sentiase mengejar kita..
manakala dua ekor buaya itu ibarat malaikat mungkar dan nangkir yang sentiasa menanti kita di alam kubur..
tali itu pulalah ibarat jangka masa hidup kita yang sentiasa dimamah oleh tikus putih dan hitam, iaitu hari hari siang dan malam kita..
jangan kita lupa, Allah sentiasa memberikan madu, iaitu kenikmatan kepada kita semua hambanya..tetapi kenikmatan itu bukanlah bertujuan untuk kita melupakan terus tujuan tujuan asal kita dihidupkan!!!
Astaghfirullahal azim!!
subhanallah!!!




hanya cuba berkongsi dengan penuh merendah diri..


p/s : amacam, leyh masuk ark cani???

2 comments:

afifah said... [mantul tipuan ini]

cerita mcm ni mmg membuka minda..nice.!

hawiz said... [mantul tipuan ini]

ya allah..betol2 wat aku insaf beb..tp aku solat subuh..mmg peringatan yg cukup2 bagus..aku suka..kesedaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...